Friday, August 19, 2016

Cerita pasal arwah edrus

Salam jumaat, ....
Lama sudah tak mencoret, rezeki masa untuk mencoret takde ....huhu
Dan hari ini rezeki itu ada, alhamdullillah

Namun cerita yang bakal disimpan di mingzhu hari ini adalah cerita yang menyayat hati ....

Jika sewaktu kehilangan dan pencariannya, masing masing mendoakan yang terbaik tapi berharap dengan baik dan fokusnya tidakla terlalu mendalam sebab isu kehilangan kanak kanak di malaysia sekarang agak tabu, jumpa atau tak adalah harapan di sandarkan kepada pihak polis

Dan semalam, polis telah menemuinya setelah seminggu....syabas polis malaysia

Penemuannya menyayat hati, dijumpai arwah dalam gaung ....ngeri dan kejam manusia durjana itu ....kenapa kenapa

Bayangkan saat saat kematian arwah....ya allah, anak syurga, damaila kau di sana Noor Amila Edrus Norsham

Arwah dikatakan hilang diculik ketika solat magrib di surau perumahan awam jinjang sentul pada 11/8/16

Suspek adalah abang ipar tiri mangsa yang berumur 25 tahun warga mynmar

Suspek melakukannya untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang kerna dia percaya bapa mertuanyai wang cukup untuk menapung hutangnya

*Bapa arwah adik edrus nie ada 4 org isteri..
*Edrus anak isteri no 4. Dan dijaga oleh isteri no 2.
*made hamid(suspek) adalah suami kepada Nazurah Norsham iaitu ank prempuan kepada isteri no 2. 
*made hamid(warga mymar) adalah menantu kepada ayah edrus & isteri no 2.
*made hamid(suspek) adalah abg ipar kepada arwah edrus.
*isteri no 4(ibu kandung arwah) berkerja di klcc.

Belasungkawa ....anak yang bijak, 5 tahun dah ke surau, moga kau tenang disana

Friday, July 22, 2016

Shahida yang Cute



Munni ....sibisu pakistan kononnya. ..comelnya, dari cerita bharjaan sabtu lepas, cerita yang mengambarkan kemurnian islam

Dan bumi turki yang bergolak ....mari kita doakan kedamaian....

Salam jumaat semua, moga bumi malaysia aman makmur sepanjang zaman. ...doa juga buat palestin serta syria ,....ya allah matikan kami dalam iman

Monday, July 18, 2016

Sunnah Nabi

alkisahnya pagi senin ini, kesempatan selepas subuh kita manfaat dengan ilmu dari ustaz bad

Yang paling melekat adalah sunnah nabi yang awal yang patut semua orang buat, satu jer ni nak kongsi..iaitu, bangun tidur basuh tangan dahulu ...kita sekarang bangun tidur tengok hanpon dulu...hahhaa, semua orang mestinya begitu sebab tengok jam ....maknanya, sekarang sebab kita dah tahu, bangun jer tidur moh la kita basuh tangan dulu lepastu baru pegang hanpon

Yer la, celik jer mata elokla basuh tangan dulu, tak kira pukul berapa pun, lepas tu baru la kita tengok berapa miskol berapa msg kat hanpon tu....bersih dah, segar dah tak kira sedar kul berapa, lepas tu teguk air dan mandi kita ...kalau awal semacam empat pagi, boleh la terus tahajud dan solat taubat, kalau dah pukul 6 solat subuh la kita....kalau dah pukul 6.30 tergesa la kita solat subuh....kalau dah pukul 7, subuh gajah la kita....astagfirullahalala'zim

Moga pagi monday ini tidak blues, mari la kita pi menoreh seikhlas hati....jom

Friday, July 15, 2016

Salam jumaat 10 syawal



Salam aidil fitri , maaf zahir batin .....

Lama ku tinggalkan, kini ku mengarang
Semoga hari mendatang meriangkan
Mingzhu kan bersinar terang
Dengan cerita yang menghangatkan

Moga aidilfitri kawan kawan berlalu gemilang,
Insyaallah pasti disebalik kehidupan dan ujian pasti ada hikmah menggembirakan

Sempurnakan raya mu dengan kemampuan ....jangan berlebihan

Simple itu menyenangkan, keriangan dalam kepuasan ....jom lawat ig Simple_Aima

Bai....selamat berjumaat dan hav a nice day ...hik hik

Monday, May 30, 2016

Seiring Usia

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. 

Nota kaki ; seiring usia ai yang sudah memasuki 40 ini, banyak kelalaian dan kebuntuhan waktu hingga menyebabkan pengabaian terhadap mingzhu, hari ini ai paksakan diri, paste artikel menarik sebagai bahan bacaan yang takkan hilang jika terletak cuma di kotak wassup ....

Terimakasih kepada penulis sebenar (tak tahu saper) kerna tulisan yang menyedarkan ini.....

Saat ini jari jemari kian kebas untuk menulis dan menaip....entah la kenapa, jika berlarutan sebulan dua ni kena jengah jugak klinik ni......marilah bersenam.....

Friday, April 29, 2016

Menuju Ramadhan

panas panas panas....duduk bangun tak kerehuan..macam cacing kepanasan....

Kemarau yang berpanjangan....menuju ramdhan yang lagi bersisa 37 hari lagi, maka persiapan menuju ramadhan yang akan mendatang dengan suhu yang tinggi perlu kuat mental fizikal....simpan air, kumpul air, ...

Menuju ramadhan, belajar la puasa sunat senin kamis bagi mempersiapkan diri dengan cuaca dan suasana....

Menuju ramadhan, belajar la makan seadanya, belajar makan oat sebab nanti nak sahur dengan oat kerna sahur dengan oat, rasa kenyang berpanjangan

Menuju ramadhan, jenguk jenguk la ke surau setiap kali magrib isyak sebab nanti nak terawih

Sama samalah kita berdoa agar ramadhan bakal kita hadapi nanti penuh rahmat dan keberkatan, dan agar ramadhan nanti bumi ini akan sejuk dan mendinginkan ....

Ya allah ampunilah dosa kami sekelian, ringankan beban yang kami tanggung sekarang, turunkan hujun di bumi kami, menyejukkan dan menyuburkan....agar kami semua tenang dan aman

21 rejab 1437
6 hari lagi israk mikraj
8 hari lagi syaaban
37 hari lagi menuju ramadhan

Sunday, April 24, 2016

Doa buat Kekasih

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti
Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
Ya Allah ampunilah dosa dosa kekasih ku,...kekasihku suamiku...

Friday, April 15, 2016

Salam jumaat 7 rejab bersama Nina Grace

Alhamdullilah, salam jumaat buat semua kengkawan....pagi ini kita dikejutkan dengan berita gembira dibumi terengganu...pengislaman seorang adik manis oleh Dr Zakir Naik.....sebenarnya malam tadi berita ini telah diviralkan tapi semalam ai telah buat law untuk kami, ai dan oppa, malam jumaat tanpa teknologi maklumat, no ipad, no fb, no ig ...no game...berjaya,...

Alhamdullillah, tidur awal, mata tak senak, bangun pagi fresh, subuh pun awal....tambahan lagi dapat la oppa ke surau ...tu la nikmat terindah di pagi jumaat ....rajin rajin la kita kerahkan suami dan anak anak lelaki kita subuh berjemaah di surau....pesanan hari jumaat

Cuaca agak mendung pagi ni....sejuk, dan dapat menulis, alhamdullillah

Di sebalik pelbagai kontreversi kedatangan Dr Zakir naik, jelas banyak keindahannya....comel je kan wife mb ganu kita ni,....comel dan indahnya dunia bila hijrah itu dimuliakan....moga adik, nina menjadi muslimah sejati

Petikan dari fb terengganu times.,


Seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace berbangsa Cina dari Kulai Johor telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir di Padang Astaka Kemaman.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, offshore engineering Ranaco

Sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah,3 kul dan... - http://terengganutimes.com/saat-saat-seorang-remaja-kristian-di-islamkan-dr-zakir-naik-di-padang-astaka-kemaman
#DalamNegeri, #Featured

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...